Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa
KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus. Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas [...]










