Makluman : Kata-kata Akhir Admin
Assalamualaikum..
Di sini saya ingin maklumkan bahawa mulai 17 Feb 2012, blog Santai Forex akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi dari dunia urusniaga matawang asing (Forex) memandangkan kenyataan sepakat dan rasmi berkenaan dengan hukum Forex telah pun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 15 Feb 2012 yang bertempat di Kota Bharu,Kelantan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, saya dengan lapang dadanya menerima segala apa yang diputuskan dengan hati yang tenang & terbuka.
Sehubungan dengan itu, saya & rakan ingin memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sokongan & kesetiaan semua pengunjung blog ini yang selama ini banyak membantu & memberikan buah fkiran untuk penambahbaikan blog ini.. Untuk pengetahuan semua, blog ini telah pun beroperasi lebih kurang 5 tahun bermula 2007.
Akhir kata, saya mengalu-alukan pengunjung blog ini untuk berkongsi-kongsi pendapat & idea (apa2 je nak diluahkan) dengan meninggalkan komen di ruangan yang disediakan di bawah ini sama ada berkenaan altenatif forex, perniagaan lain yang berpotensi, join venture bisnes serta sebarang topik lain yang mungkin dirasakan menarik untuk dibincangkan..
Wassalam
Popularity: 5% [?]











February 17th, 2012 at 8:25 am
InsyaAllah selepas ini dalam masa terdekat saya cuba akan create kan satu blog baru untuk tujuan perkongsian idea dan bisnes2 yang banyak diluar sana sama ada yang bermodal atau tanpa modal..
Think Big, Think Deep, Think Positive..